Friday 30 December 2011

SAHABAT..NIAT TAK MENGHALALKAN CARA


Kisah Couple Islamic - Untuk renungan buat diriku dan sahabat2 sekalian...



Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.


Beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC".
Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.




Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.
"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam.



Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun.
Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”
Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...




p/s : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..(NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA) peringatan untuk diri SAYA sendiri terutamanya...wallahualam.



"Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu, lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan."-Imam Syafie





Saya rasa bersyukur kerana Allah memberikan saya kefahaman bahawa 
Cinta dan sayang yang sebenar itu adalah ingin bersama ke syurgaNya.

Bila faham begitu, diri akan terjaga.
Bercinta dengan punya prinsip, dipandu keimanan,
dan bukan perasaan semata-mata.
Menutup lebih banyak lubang maksiat dan dosa,
kerana mustahil bila hendak ke syurga,
kita membawanya ke neraka.
~HILAL ASYRAF~

Thursday 29 December 2011

احبّك في الله



Awak....saya kena tegur awak...saya sayangkan awak....sebab Allah kata kita bersaudara...Saya tak sanggup biar awak..Awak..saya pun tak sempurna..Tapi kita kena sentiasa perbaiki diri dan berusaha menjadi lebih baik..Sekarang saya tegur awak...Bila saya buat salah,awak tegurlah saya ye..Jangan biar saya...('',)kita mesti masuk Syurga sama-sama tau...Insyallah...MOGA ALLAH REDHA..."
 Beritahu pada lelaki itu dirinya ibarat batu, Disentuh terasa kasar, Dibaling memantul, Dipukul pecah. Beritahu pada lelaki itu jaga “IMAN”, jaga TAQWA kerana harga diri terletaknya di situ. Jangan meluru ikut “TELUNJUK NAFSU”, sesekali tersilap langkah, rosaklah insan yang sepatutnya dipimpin itu. Beritahu pada lelaki itu simpan “SECEBIS MALU” kerana lelaki itu adalah IMAM iaitu pemimpin kepada ••► Diri, Keluarga, Masyarakat, Negara malah Keturunannya.♥(。◕‿◕。)✿





"Awak....saya nak tegur awak....saya sayangkan awak...sebab Allah kata kita bersaudara...Saya tak sanggup biar awak.....Awak....saya pun tak sempurna...Tapi kita kena sentiasa perbaiki diri dan berusaha menjadi lebih baik....Sekarang saya tegur awak..Bila saya buat salah nanti,awak tegurlah saya ye...Jangan biar saya....(",)Kita mesti masuk Syurga sama-sama tau....Insyallah....MOGA ALLAH REDHA..."

Beritahu pada perempuan itu, dirinya ibarat kaca. Dsentuh T'guris, Dhantuk serpih, Dihempap berkecai.
Beritahu pada perempuan itu, jaga tingkah laku,jaga pakaian. Harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan di hukum selamanya, keturunan dicerca payah. Dimana & dalam keadaan macam mana pun, biar orang kenal -->> Dia orang ISLAM.(◕‿◕)



Apabila aku menegurmu supaya menutup aurat, menjaga hubungan lelaki dan perempuan, memelihara hukum Allah dan sebagainya..


Itu bukan bermakna aku membencimu. 
Namun semua itu dilakukan atas dasar cinta.
Cintakan kamu.

Aku juga seorang pendosa yang tidak terlepas dari dosa.
Namun aku tahu, Allah sukakan hamba-Nya yang bertaubat
setelah berbuat dosa..
Jadi aku memilih untuk menjadi pendosa yang tidak 
jemu memohon rahmat dari Allah.

Marilah bersamaku..
Walaupun aku tahu, melakukan perubahan itu sukar..
Aku pun tidak mengharap kamu berubah sekelip mata..
Ambillah masa.

Sekurang-kurangnya ada satu perasaan di dalam hatimu,
memegang bahawa melakukan sesuatu yang Allah murka itu salah..
Dan suatu hari nanti aku mesti berubah!

**********************************************************************************************************************************




Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya :
 "Barang siapa diantara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangis lah syaitan." - HR Ibnu 'Addi -



NSBM
12/7/2014

Wednesday 28 December 2011

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W






1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.


2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti
rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut




5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.