Sunday 22 December 2013

CERPEN CERITA HATI





Sedikit demi sedikit ia hilang dari pandangan..


Allah..
Ujian itu..amat berat..
Tetapi..
Demi-Mu, mereka merasa tenang..


Mereka berdua..
Pergi mencari Mu, ya Allah
Perjalanan mereka panjang
Jalannya kelam
Jalannya banyak lopak serta duri tajam..


Tetapi
Hujungnya ada cahaya
Yang semakin didekati,semakin terang..


Ya Allah..
Jagalah hati dan diri mereka
Jangan biar mereka sesat lagi..
Kerna mungkin wujud permandangan indah
Yang melalaikan diri
mengabur destinasi
Di setiap persimpangan nanti..


Ya Allah..
Jalan mereka bangat berbeza
Tetapi destinasi pencarian mereka
Tiada dua
Hanya menuju Yang Esa..


Pengakhiran mereka tidak mampu dijangka
Tabahkan mereka, ya Allah
Kerna
Kau mencipta hikayat hidup mereka
Kau Yang Maha Tahu tentang segalanya
Kau Yang Maha Kuasa tentang rancangan seterusnya
Jadi, titipkan lah ketabahan pada mereka..


Benarlah..
Bila dihati ALLAH bertahta
Bila hidup dengan kasih Dia
Akan semuanya terasa bahagia
Mereka akan bahagia
Mereka akan bahagia..
Dengan izin-Mu ,Allah.




-Tawakal seusai usaha.Doa mengiringi sentiasa-






•Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:

Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: 
Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. 
(Shahih Muslim No.4832)







-Moga ALLAH Redha-


~missNS~


12/7/2014
Utsunomiya,Japan

Tuesday 17 December 2013

LAFAZ ان شاء الله







Bila sebut

ان شاء الله


Bermakna kita telah ber'Janji dengan ALLAH'..Dan sekiranya Allah izin..Oleh itu,laksanakan sebaiknya.Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis.Dan ingatlah destinasi kita ialah Syurga Hakiki. 



#muhasabah bersama



Jangan biar diriku hanyut dalam nikmat dunia. Pimpin daku di jalan illahi bersama.
Jangan biar diriku tanpa sebarang sapa. Kerana diriku akan leka dan lupa pada Yang Berkuasa.
Jangan pandang diriku mulia. Kerana iman yang menentukan siapa diri kita. Bukan pandangan mata semata-mata.
Jangan pernah lupa sesungguhnya Izrail akan tiba bila-bila mencabut nyawa.
Dan jangan pernah ragu dengan Yang Mencipta segalanya. Keampunan Allah sentiasa terbuka untuk kita kerana kasih sayang-Nya.





-Moga Allah Redha

Miss NS
Utsunomiya Japan




DEDIKASI BUAT 'IMAN'






Ku ketuk pintu itu beberapa kali
Kenapa terlalu sunyi
Masih kah wujud dalam sepi
Hari-hari terus ku cari
Kerana kau sangat istimewa dalam hati

Hilang mu umpama terpisahnya hati dengan diri
Sudah pasti hati ku akan mati
Kerana kau hadiah istimewa dari Ilahi

Tidak mampu ku bayang hidupku tanpa mu di hati
Setialah kau bersama ku sampai mati
Jadilah saksi ku di hari pengadilan nanti
Jangan pergi tinggalkan ku sepi

Wahai IMAN...
Mari terus maju meninggi
Jangan terus menyepi
Andai jatuh, bangun kembali
Hingga nyawa dibawa pergi
Hingga jasad kembali dijemput Ilahi

Wahai IMAN...
Iringi diri dan hati ku menuju Yang Hakiki..





3:139

"Dan janganlah kamu merasa lemah dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang tinggi darjatnya jika kamu beriman"
-Surah Ali Imran: 139-


12/7/2014
MISS NS
UTSUNOMIYA JAPAN






Sunday 17 March 2013

22.03.2013

WAA.. dah lama tak buka blog ni rasanya...sebabnya...hampir 2 tahun di IBT.. oh ibt..banyak sangat kisah di ibt tu..banyak sangat kenangan yamg pahit manis masin payau pedas masa belajar di sana..rasa macam tak sanggup nak cerita pada orang lain..di sebalik tu,banyak juga benda yang saya belajar dari sana..sangat banyak..dah la first time duduk di kL..seriusly sepanjang 18 tahun hidup kat malaysia ni,disebabkan masuk ibt lah saya mula jejak kaki di kL tu..sebelum tu just tau tentang kL dalam tv je..citer gerak khas la,citer kl drift la,kl gengster la..ape yang ada dalam otak sebelum tu "KL NI MESTI TEMPAT YANG TERUK,SOSIAL,BANYAK ORANG JAHAT,dan lain lain".haha..kodomoppoi...tp bila 19 may 2011 first time saya sampai kL,jeng jeng jeng...takde pape pon..haha..



DI KL..bi'ah(suasana) nya lain dari tempat saya hidup sebelum ni.maklum lah..budak maktab mahmud yang 12 cawangan yang ada kat kedah saja tu.saya berbangga menjadi anak maahad.terselit di hati kecil nak buktikan kat satu dunia "sapa kata budak sekolah agama tak mampu?? biarpun latar belakang saya bahasa arab,saya nak buktikan tak semestinya budak sekolah arab kena belajar di mesir,kena jadi ustaz ustazah.dan saya yakin rezeki ALLAH di mana mana saja;".jangan asyik mengulang sejarah yang sama..ilmu ALLAH itu teramatlah luas.
..اطلبوا العلم ولو بالصين...
saya kenal ramai kawan baru.macam macam spesis..tapi semua baik yang teramat.boleh je masuk semua orang..dan semua kawan kawan dari  lain lain negeri..nombor satu saya tengok ialah kawan yang berasal dari kL..ok je pon..tak de pon yang pakai mekup tebal,baju seksi,muka gengster bagai macam dalam tv tu..haha..MIND SET yang teruk betul..kawan kawan semua baik..selalu membantu.selalu memberi.selalu bergaduh(gaduh manja la).semua hebat hebat pandai pandai..and i love them very much.di situ saya bertekad saya yang punya sedikit ilmu,perlu memberi ilmu kepada mereka supaya ilmu saya lebih bertambah.berdakwah adalah tanggungjawab setiap muslim.tapi bila sebut dakwah,ramai orang salah anggap.dakwah tu banyak caranya.kita berdakwah dengan kemampuan kita..dan manjadi contoh teladan yang baik juga salah satu dakwah..tak perlu berdebat bagai untuk tarik orang.guna cara yang paling mudah.amalkan akhlak yang baik.bukan menunjuk atau hipokrit,tapi gunakan dalam kehidupan harian.cuba dari yang paling mudah.sikit sikit slow slow..istiqamah..ingat.لا إكراه في الدين.tiada paksaan dalam agama :)
i'm not the best but i'll try my best :)

DI IBT.."cikgu jepunnnn"..haha..nama ibt tu institut bahasa teikyo..ingat kan macam u ke ipt ke..rupanya tadika..haha..masuk tadika belajar あ い う え お...samapi la hampir 2 tahun..banyak giler kesakitan kesedihan kemurungan ketakutan kegusaran ke'mok'kan ke'matome'an ke'teiki'nan..haha..semua 'ke' ada..dan memang benar tiada kemudahan dalam kehidupan..LIFE NEVER WAS EASY.GROW UP N ACCEPT IT..dan alhamdulillah,akhirnya saya berjaya merentasi lautan ribut taufan IBT berkat doa ibu bapa keluarga insan tersayang guru guru sahabat sahabat semua..bersyukur yang teramat..alhamdulillah..terima kasih sangat sangat..



إن شاء الله  
22 mac 2013....dengan izin allah saya akan fly ke jepun..akan bermula satu lagi episod baru dalam hidup saya..cabaran yang tak terjangka mungkin ada di sana..saya hanya mampu berserah segalanya pada YANG MAHA ESA yang lebih mengetahui segalanya.di sini saya cuma mengharap doa doa kalian semua..semoga allah menjaga memelihara melindungi saya yang lemah ini..إن شاء الله di mana saja saya berada ISLAM tetap memenuhi segenap ruangan hati ini..doakan saya..terima kasih..

                                                                                                                             Yang Benar,
                                                                                                                        Hamba Yang Lemah

Nsbm
Kulim,Malaysia