Wednesday 11 June 2014

MENULIS KISAH DI PERANTAUAN??


BISMILLAH.

Pada satu malam yang hening....

............................................................................................


"Awak cerita la tentang kisah hidup awak kat Jepun. Kami yang kat Malaysia teringin nak pegi tapi tak mampu."

"Jangan cakap tak mampu la awak. Cuma tak sampai masa lagi. Ada rezeki nanti sampai ja. Minta la kat Allah kalau betul-betul nak. Insyaallah Allah bagi rezeki tu nanti. Kalau bukan rezeki datang jepun, mungkin rezeki Allah bagi dapat pergi ke tempat lain yang lebih hebat. Insyaallah :)  "

"Hehe..betul tu.. Insyaallah.. Tapi awak cerita la kisah hidup kat sana. Insyaallah semoga cerita-cerita tu boleh jadi pengajaran atau cerita berguna untuk kami kat sini."

"Hurm..insyaallah..akan diusahakan :) " 


...........................................................................................


Terfikir sejenak.

Sebelum ni hanya menulis ayat-ayat sebagai penguat diri. Belum ada keyakinan untuk menulis panjang sampai ke kisah hidup kat sini. Kenalan-kenalan banyak kali meminta untuk diceritakan kisah sebagai perantau. Apatah lagi kisah perantau beragama islam di negara bukan Islam.

Risau jugak sebenarnya kadang-kadang. Nak menulis pun perlukan hati. Hati yang ikhlas. Takut kalau-kalau cerita yang diceritakan tidak sampai maksud kepada si pembaca. Risau terlebih atau terkurang rasa dalam menulis hingga tersalah kefahaman si pembaca. 


Jadi, mungkin kat situ yang perlu ditingkatkan. Tegakkan niat yang betul. Ikhlaskan hati. Insyaallah. 


Ini satu peluang. Peluang yang Allah bagi untuk menyampaikan sesuatu pada orang lain. Cerita hidup sebagai perantau. Cerita yang berguna dan bermakna kepada pembaca. Yang boleh dijadikan ikhtibar. Yang boleh dijadikan sebagai inspirasi. Peluang yang tak patut disia-siakan.

Terasa diri terlalu kerdil. Tak mampu nak berdakwah sehebat sahabat-sahabat lain. Ilmu terlalu cetek. Tak mampu pergi berjuang atau bergerak jauh seperti yang lain. Kerana kudrat terlalu lemah. Tak mampu nak membuat penulisan hebat macam penulis blog yang lain. Kerana susunan ayat tak sekebun bunga yang indah belaka.

Tetapi,sekurang-kurangnya mampu menyumbang walaupun sedikit melalui penulisan kepada orang lain.
Jadi, insyaallah. Akan diusahakan. Dengan izin Allah..








-MOGA ALLAH REDHA-

Friday 6 June 2014

KUAT LAGI!!



Kita hidup kena kuat
Hidup dengan tabah
Ujian tak pernah hilang
Dugaan tak pernah lekang

Kita hidup kena kuat
Memang selalu buat silap
Kepala kadang kadang terlalu keras
Hati kadang kadang terlalu manja
Mulut berat meminta maaf

Tapi kesedaran selalunya segera datang
Muhasabah diri mencari tenang

Jangan biar nikmat kesedaran itu hilang
Nanti sesal tak lekang

Jangan biar hati terus manja
Nanti dipandang lemah dek orang 

Jangan biar kepala terus mengeras
Nanti dibenci orang keliling

Jangan biar ego terus kuasai diri
Nanti hilang orang tersayang

Jangan biar diri terus melakukan kesilapan
Nanti sukar dicuci hati yang menghitam

Jangan malu mengaku kesalahan diri
Nanti syaitan senang menang

Jangan biar diri terseksa melanggar aturan Tuhan
Nanti zahir batin menderita ditelan api

Pantang larang memang banyak 
Kita kena jaga diri
Biar penat hari ini
Asalkan bahagia di kemudian hari

Tabah dan terus tabah lagi
Kalau jatuh,bangun kembali
Biar air mata mengalir tak henti
Asal tak mengalah sebelum sampai hujung destinasi

Kuatkan diri!! tabahkan hati!!





"Si Hati memujuk hati"
Jumaat
6/6/2014
Utsunomiya, Jepun.

~Moga Allah Redha~



Wednesday 28 May 2014

KENAPA KITA, BUKAN DIA??



Memang
Memang rezeki kita masing-masing tak sama
Sama la jugak ujian yang kita terima lain-lain semua
Ada orang dapat rezeki macam yang diminta
Ada orang dapat ujian yang nampak simple 
Ada orang dapat ujian yang macam berat

Memang
Baik macam mana sekalipon kita cuba,rezeki tetap ditangan allah
Hebat macamana sekalipon masa silam kita,ujian allah nak bagi,tetap jadi.
Sejahat mana pon diri kita,rezeki tetap jugak ditangan allah
Selemah mana pon diri kita,kalau allah nak uji lagi,allah tetap uji.



Sebabnya....

Sebab Allah maha tahu. 
Dan dah tentu semua yang allah buat,ada sebabnya.

Allah uji kita dengan ujian yang berat mcmni sebab apa? 
Kenapa kita yang kena, bukan org lain? 
Sebab allah tau kita ja orang kuat yang mampu tanggung ujian ni. 
Orang lain tak kuat mcm kita. 
Sebab tu kita yang dapat ujian mcmni.

Kenapa orang lain dapat rezeki yg kita tak dapat? 
Kenapa kita tak dapat walaupun kita selalu cuba buat yang terbaik?
Sebab allah tau kita layak dapat lebih baik dari orang lain. 
Sebab allah tau kesabaran kita lagi tinggi dari orang lain.
Sebab kita saja orang yang kuat untuk ujian ni. 
Sebab allah nak bagi rezeki yang lagi hebat dari yang kita nak.
Dan Allah lebih tau apa yang kita layak dapat berbanding yang kita mintak. 

Allah jawab semua persoalam kita. Cuma kita perlu berfikir dan bersabar. Menangis pun takpa.. Allah suka kita cari Dia :)

~MOGA ALLAH REDHA~













HATI YANG TENANG
29/5/2014
12.52AM
    UTSUNOMIYA,JAPAN.


Friday 16 May 2014

SEBAGAI BUKTI CINTA





Bukti cinta insan
Kadang kadang ditunjuk melalui anggota diri
Kadang kadang nampak dari layanan dan peribadi
Juga kekadang diluah dengan kata berulang kali
Kerna mahu si dia mengerti
Yang cinta sentiasa wujud dalam hati

Begitu juga Cinta Ilahi
Diuji kita berkali kali
Kerna mahu diri sedar 
Yang Allah tak pernah melupai
Sebagai bukti Cinta Hakiki 

Kita memang sentiasa diuji
Mungkin kita terpikir
Bahawa kita saja yang kena ujian begini
Bahawa ujian orang lain tak seberat ini

Namun sebenarnya
Sampai saat ini
Masih berdenyut nadi
Maknanya kita mampu harungi
Sebab Allah dah kata
Dia hanya akan uji
Dengan ujian yang padan untuk diri
Yang terpilih sahaja yang dapat merasai
Nikmat ujian ini
Berat mana pun ujian setiap hari
Besar lagi hikmah yang menanti

Rasa beruntung tak dipilih Ilahi?? 

Biar kita terus diuji
Jangan cepat mengalahkan diri
Biar kita terus diuji
Itu tanda Allah masih peduli

TERIMA KASIH ALLAH ATAS UJIAN INI





Miss NS
Utsunomiya Japan
Julai 2014



Monday 5 May 2014

Satu Kunci Rahsia



Satu kunci rahsia iaitu SABAR

Orang yang sabar tu sebenarnya orang yang paling berjaya
Orang yang sabar sahaja yang akan dapat rasa ketenangan jiwa
Orang yang sabar tu yang akan rasa bahagia

Sebab Allah dah kata

"وٓبٓشِّرِالصّـابِرِين"
(Dan khabarkanlah berita gembira kepada mereka yang SABAR)
-surah al-baqarah ayat 155-

Orang yang sabar akan dapat something dari Allah. Bukan dari orang besar mana-mana,bukan dari sultan atau raja mana-mana. Tapi special dari Allah. Raja bagi segala raja. 
Kita yang biasa, dapat hadiah dari guru sudah gembira tak terkata. Kalau terima daripada raja belum tentu ia akan jadi nyata.
Tetapi janji berita gembira oleh Allah yang paling hebat dan berkuasa, sudah tentu rasa syukur tak terkira bukan?

Jadi,anda mahu berita gembira? Maka ambil kunci SABAR. Tanam dalam diri. Sabar dalam semua perkara. Dan tunggu berita gembira dari Allah dengan perasaan teruja. Allah tak pernah mungkir janji. Dan,berita gembira akan tiba.





Saturday 12 April 2014

SI JATUH MEMBERI AMANAT


Hakikat hidup itu,memang banyak ujian dan dugaan.
Banyak duri disepanjang perjalanan.

Duri yang tersembunyi mahupun yang kita nampak wujudnya.
Duri itu memang menyakitkan.
Duri itu pelbagai saiz dan sifat.
Duri itu selalunya kita tidak sedar kewujudannya hingga kaki terpijak kesakitan.



Malah ada juga kita yang cuba lari dari tusukan duri di hadapan dengan hati-hati cuba kebelakang. Malangnya,muncul duri dicelah celah kesamaran yang semakin kita kebelakang,tusukan duri datang menerkam terus ke dalam. Lari dari duri di depan,ditusuk oleh duri belakang. Mengelak dari duri di belah kanan, ditikam oleh duri kiri.

Jadi bagaimana????
Jadi,cari solusi. Jangan duduk diam diri. Kerna takkan hilang duri sampai ke mati. Jalan perlu terus diharungi. 
Cuba pusingkan otak yang diberi. Gunakan akal yang dianugerahi. Duri dihadapan cantas dengan berhemah dan berhati-hati. Gunakan kekuatan yang ada pada diri. Jangan toleh ke belakang lagi. Terus maju kerna destinasi impian itu semakin menghampiri. Itu memang pasti.


Dunia memang begini. Sakit dan menyakitkan.
Tapi,dunia bukan tempat pengakhiran kita. Takkan ada antara kita yang mahu hidup dalam penderitaan tusukan duri duri.

Dunia hanya satu perjalanan. Yang menjadi satu perhentian sebelum kita sampai ke destinasi impian.

Jangan kita berhenti menyerah diri di pertengahan. Jangan biar pahat luka di badan hanya sia sia. Biar baru sampai di 1/3 jalan. Biar penuh parut badan setelah di pertengahan. Jangan matikan impian di penghujung jalan. Jangan tertipu lagi dengan syiling berkilat di tepi tepi jalan.

Terus maju ke depan. Biar peluh membasahi badan. Biar penat nyawa bertahan. Biar sakit seluruh anggota badan. Asal jangan kita berhenti sebelum sampai di destinasi impian.

Destinasi impian. Impian semua kita. Satu kaki kita melangkah ke arah itu,bau wangian akan meneman. Satu langkah kita memasuki pintu itu,berubah anggota badan penuh luka menjadi tegap keseluruhan. Ditambah persalinan dan hiasan. Ditatang bidadari bidadari kayangan. Tiada lagi memori sakit dalam ingatan. Hanya kebahagiaan,kegembiraan,kemegahan yang menjadi santapan.
Waktu itu kita sedar,kita hanya dalam permainan. Penuh ujian. Yang menang mendapat keuntungan. Yang kalah mendapat balasan.

Aku bukan ahli bangsawan. Aku bukan sejarawan. Aku bukan ahli ilmuan. Aku bukan pengkaji alam.
Aku hanya seorang hamba Tuhan yang pernah jatuh ketika cuba kutip syiling emas di tepi jalan.
Aku seorang yang cuba untuk tidak ulang kesakitan. Aku telah kembali menyambung perjalanan.
Aku seorang yang mahu menjadi tauladan. Agar kalian tidak tersungkur seperti aku dan yang mati di jalanan.

Moga kau paham bahasa kiasan nukilan ku seorang insan yang pernah jatuh ketika cuba kutip syiling emas di tepi jalan.

Menangislah memohon keampunan selagi kita berkemampuan.


Nsbm
2014
Utsunomiya Japan

Monday 7 April 2014

3 PINTU PILIHAN








Kisah bermula apabila diberi gambar di atas. lihat pandang dan renung.

Orang tu cakap
"كل واحد يختار باب واحد فقد"
(Setiap seorang pilih satu pintu saja)

Pastu saya sendiri terfikir "saya nak semua! kenapa tak boleh ambik semua??"


Hati mula tidak selesa. Otak mula berpusing memikirkan muslihatnya. Bagaimana hidup kalau hanya ada kasih dan cinta tetapi tiada harta? Bagaimana pula hidup bleh bahagia kalau berharta tetapi miskin kasih sayangnya? Arhh...kenapa hanya pilihannya cuma satu?! 

Ada sesuatu yang tersirat. Ini sebenarnya permainan minda.

Tiba-tiba hati terasa sentap. Tiba-tiba otak berhenti berfikir. Salah satu pintu dipandang tepat oleh mata. Jawapan kepada kehendak diri. 

Ada satu pintu yang dalamnya kita boleh dapat semua.. Itu kah yang dimaksudkannya.. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------


Jawapannya pintu Ilmu(tengah)
Kerana dengan ada nya ilmu dalam diri,kita boleh dapat harta. Usah ditnya bagaimana dengan ilmu kita boleh jadi kaya. Bukti banyak depan mata. 

Dan dengan mengamalkan ilmu itu sendiri,kita akan dapat cinta dan kasih sayang.
Ilmu itu sangat luas. Cara mendapatkan ilmu juga banyak pilihannya.

Sangat malang orang yang pilih pintu harta kekayaan(pintu kanan) kerana harta tak mampu beli kasih sayang dan cinta.

Begitu juga orang yg memilih kasih sayang dan cinta sedangkan tiada ilmu untuk menguruskannya. Ia bukan sekadar rasa,tetapi satu tanggungjawab utk dipikul oleh pemilik rasa.

-ilmu bukan sekadar sijil..ilmu dunia ilmu akhirat. Biar sama rata. Guna kan ilmu dengan bijaksana. Supaya kita tak miskin di dunia,supaya kita tak terbuai dengan cinta yang sementara,supaya kita berjaya sampai ke destinasi sebenarnya(syurga)..



P/s: ini hanya pendangan dan pemikiran saya sendiri. Mungkin orang lain ada pandangan yang lain. Tiada bantahan tiada pendebatan. kalau salah,boleh tegur..Terima kasih.