Saturday 27 June 2015

SYUKUR ITU LEBIH NIKMAT


Kata orang
Hujan hanya sementara
Akan muncul pelangi indah selepasnya

Tapi
Depan mataku
Hujan kelmarin
Hujan semalam
Hujan sekarang
Hujan terus hujan dan terus hujan
Tiada tanda akan berhenti
Aku termenung
Dalam diam
Hati mengikut aliran hujan
Aku senyum
Meredakan diri
Mungkin pelangi bukan untukku
Hanya hujan datang untuk temani aku
Dan tiba masa untuk tidak menunggu
Ku bangun keluar rumah
Ku berdiri dibawah siraman hujan
Ku pejamkan mata
Ku depakan tangan
Rasa itu
Sangat tenang rupanya
Ia tak seburuk ku sangka
Ia berikan ku satu rasa indah
Buatku lupa semua
Umpama tidak pernah derita
Buat ku kuat semula
Mataku mengalir air bercampur titis hujan
Ku biar ia turun laju selari dengan hujan 
Hatiku puas dan tenang

Terima kasih Tuhan
Kerana beriku hujan
Tidak lagi ku resah menanti pelangi 
Kerna 
Hujan ini rahmat
Hujan ini berkat
Bersyukur lagi nikmat
Dari menanti yang tak dapat
Takut tak sempat dapat
Hilang jugak rahmat dan berkat 



MissNS
Utsunomiya,Japan
11 Ramadhan 1436
27 June 2015

Thursday 18 June 2015

RAMADHAN KAREEM :)


Ramadan tahun ke-tiga ku di bumi SAKURA
Musimnya panas bukan musin bunga
Subuhnya pukul 2 pagi magribnya 7 senja
Disebabkan disini tak sama macam Malaysia
So
Badan kena kuat macam SAMURAI or NINJA
Diri kena hebat macam NARUTO dan rakan2nya
Iman biar tinggi macam Mt.FUJI la
Hati pon kena tough macam ahli SUMO juga
Otak biar cerdik cerdas macam DETEKTIF CONAN si kaca mata
Jangan malas macam NOBITA
Tundukkan pandangan anda
Jangan jadi macam SHIN CHAN dan ayahnya
Banyakkan tolong orang macam DORAEMON walaupun takdak poket magic macam dia
Sahur jangan buat buat lupa
Masa puasa jangan asyik tengok jam ja
Buat kerja lain sama
Jangan gelojoh macam SHINKANSEN time berbuka
Makan tak boleh SUSHI saja
Kurma jangan lupa
Time tarawikh biar ramai macam kat TOKYO dan SHIBUYA
Bila tiba hari raya,SELAMAT MENANGIS SAMBIL JAWAB PERIKSA! 
( T_T)\(^-^ )

Ahlan Ya Ramadhan :)
Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua. InsyaAllah <3





MISS NS
1 Ramadhan 1436
UTSUNOMIYA JAPAN


Monday 8 June 2015

KISAH RASA DUA MANUSIA


Tuhan
Ini kisah rasa si dia  
Hati terpaut pada seorang manusia 

Rasa itu
Cuba dihapus kalah selalu
Cuba dibawa ke jalan-Mu 
Namun halangan datang bertalu-talu

Orang lain tidak tahu
Mereka sakit menahan rindu
Tersiksa mengawal hati kalbu
Orang lebih kisah tentang pelajaran di U
Orang melebihkan adat dari kemudahan agama-Mu
Orang tidak terpikir dosa dan akhirat yang menunggu
Orang duga mereka gagah melawan nafsu 

Malang
Mereka juga manusia
Manusia hina dan alpa
Dosa menggunung tingginya
Biar berusaha sekuat mana
Jatuh tersungkur berkali kali juga
Akal terkadang hilang warasnya
Hati kerap terlalai dan leka
Berkali kali pulang pada Pencipta
Berkali juga kalah dengan hasutan syaitan durjana

Namun mereka tetap kuatkan jiwa
Tak mahu kalah dengan si durjana
Mereka pulang lagi pada Dia
Demi cinta
Taknak ia hanya sementara
Mahu ia kekal selamanya
Dengan izin Yang Maha Kuasa

Semakin bertambah hari 
Semakin terasa dihati
Semakin takut menanti esok hari
Takut Tuhan ambil si dia kembali
Takut sakit tak tertanggung hati

Tuhan
Dia menyayanginya dengan hati yang satu
Bukan dengan nafsu
Maafkan mereka
Ampunkan mereka
Tolong jaga mereka
Langkahkan kaki mereka dijalan-Mu
Tetapkan hati mereka dengan agama-Mu
Letakkan mereka dibawah lindungan rahmat-Mu
Ampuni dosa-dosa mereka pada Mu

Tuhan
Mereka lemah dan hina
Kau Yang Maha Kuasa
Kau yang menentukan segalanya
Kau yang mengurniakan cinta
Peliharalah hati si dia dan dia
Wahai Tuhan Azza Wajalla
Mereka letakkan tawakal setelah usaha
Mereka hamparkan redha seluasnya
Berserah pada-Mu tentang segalanya
Kuatkan mereka untuk terima
Perancangan-Mu adalah terbaik selamanya
Andai kau redha
Bawa mereka ke syurga bersama.





MissNS
8/7/2015
Utsunomiya Japan

Thursday 4 June 2015

Bumi Tua..

Bumi Tua..


Wahai bumi tua
Aku tahu kau rasa tersiksa
Penat membawa perosak derhaka
Aku juga letih melihatnya
Melihat manusia yang tiada lagi warasnya

Aku melihat tanah mulia yang diperangi sentiasa
Aku melihat manusia daif di bakar dan dibuang negara
Aku melihat yang berkuasa bertindak tidak sewajarnya
Aku melihat si penegak agama dituduh merampas kuasa
Aku melihat yang kaya menindas si miskin  papa kedana
Aku melihat negara aman rakyatnya bersengketa sedia
Aku melihat para ulama mulia dipandang sebelah mata
Aku melihat ada yang beragama tapi mula gilakan kuasa
Aku melihat ada si bijaksana yang ditutup mulutnya
Aku melihat orang tua yang melebihkan adat dari agama
Aku melihat orang muda jadi mangsa hingga masuk lembah durjana
Aku melihat si anak suka-suka membuang keluarga
Aku melihat si kecik diperlakukan dengan kelakuan melampau manusia gila

Wahai bumi tua
Mungkinkah sudah tiba masanya
Menanti isyarat Tuhan Alam Semesta
Untuk kau ratakan isinya
Untuk kau telan semuanya
Untuk dikumpulkan ahli dunia
Untuk ditayangi segala sengketa mereka
Di adili perbuatan mereka
Di hari pembalasan-Nya

Tuhan masih beri peluang untuk manusia
Tinggalkan kenikmatam dunia
Kembali kepada Dia

Biar sejarah silam penuh karat
Jangan sampai matahari terbit dari barat
Waktu itu semua dah terlambat
Tunggu ja kena sebat
Terbakar dek mancis apalah sangat
Dibandingkan dengan neraka bertingkat tingkat
Kulit kena siat
Nak taubat dah terlambat..

Cepat taubat!

Miss NS
5 June 2015
UTSUNOMIYA, JAPAN.