Saturday 12 April 2014

SI JATUH MEMBERI AMANAT


Hakikat hidup itu,memang banyak ujian dan dugaan.
Banyak duri disepanjang perjalanan.

Duri yang tersembunyi mahupun yang kita nampak wujudnya.
Duri itu memang menyakitkan.
Duri itu pelbagai saiz dan sifat.
Duri itu selalunya kita tidak sedar kewujudannya hingga kaki terpijak kesakitan.



Malah ada juga kita yang cuba lari dari tusukan duri di hadapan dengan hati-hati cuba kebelakang. Malangnya,muncul duri dicelah celah kesamaran yang semakin kita kebelakang,tusukan duri datang menerkam terus ke dalam. Lari dari duri di depan,ditusuk oleh duri belakang. Mengelak dari duri di belah kanan, ditikam oleh duri kiri.

Jadi bagaimana????
Jadi,cari solusi. Jangan duduk diam diri. Kerna takkan hilang duri sampai ke mati. Jalan perlu terus diharungi. 
Cuba pusingkan otak yang diberi. Gunakan akal yang dianugerahi. Duri dihadapan cantas dengan berhemah dan berhati-hati. Gunakan kekuatan yang ada pada diri. Jangan toleh ke belakang lagi. Terus maju kerna destinasi impian itu semakin menghampiri. Itu memang pasti.


Dunia memang begini. Sakit dan menyakitkan.
Tapi,dunia bukan tempat pengakhiran kita. Takkan ada antara kita yang mahu hidup dalam penderitaan tusukan duri duri.

Dunia hanya satu perjalanan. Yang menjadi satu perhentian sebelum kita sampai ke destinasi impian.

Jangan kita berhenti menyerah diri di pertengahan. Jangan biar pahat luka di badan hanya sia sia. Biar baru sampai di 1/3 jalan. Biar penuh parut badan setelah di pertengahan. Jangan matikan impian di penghujung jalan. Jangan tertipu lagi dengan syiling berkilat di tepi tepi jalan.

Terus maju ke depan. Biar peluh membasahi badan. Biar penat nyawa bertahan. Biar sakit seluruh anggota badan. Asal jangan kita berhenti sebelum sampai di destinasi impian.

Destinasi impian. Impian semua kita. Satu kaki kita melangkah ke arah itu,bau wangian akan meneman. Satu langkah kita memasuki pintu itu,berubah anggota badan penuh luka menjadi tegap keseluruhan. Ditambah persalinan dan hiasan. Ditatang bidadari bidadari kayangan. Tiada lagi memori sakit dalam ingatan. Hanya kebahagiaan,kegembiraan,kemegahan yang menjadi santapan.
Waktu itu kita sedar,kita hanya dalam permainan. Penuh ujian. Yang menang mendapat keuntungan. Yang kalah mendapat balasan.

Aku bukan ahli bangsawan. Aku bukan sejarawan. Aku bukan ahli ilmuan. Aku bukan pengkaji alam.
Aku hanya seorang hamba Tuhan yang pernah jatuh ketika cuba kutip syiling emas di tepi jalan.
Aku seorang yang cuba untuk tidak ulang kesakitan. Aku telah kembali menyambung perjalanan.
Aku seorang yang mahu menjadi tauladan. Agar kalian tidak tersungkur seperti aku dan yang mati di jalanan.

Moga kau paham bahasa kiasan nukilan ku seorang insan yang pernah jatuh ketika cuba kutip syiling emas di tepi jalan.

Menangislah memohon keampunan selagi kita berkemampuan.


Nsbm
2014
Utsunomiya Japan

Monday 7 April 2014

3 PINTU PILIHAN








Kisah bermula apabila diberi gambar di atas. lihat pandang dan renung.

Orang tu cakap
"كل واحد يختار باب واحد فقد"
(Setiap seorang pilih satu pintu saja)

Pastu saya sendiri terfikir "saya nak semua! kenapa tak boleh ambik semua??"


Hati mula tidak selesa. Otak mula berpusing memikirkan muslihatnya. Bagaimana hidup kalau hanya ada kasih dan cinta tetapi tiada harta? Bagaimana pula hidup bleh bahagia kalau berharta tetapi miskin kasih sayangnya? Arhh...kenapa hanya pilihannya cuma satu?! 

Ada sesuatu yang tersirat. Ini sebenarnya permainan minda.

Tiba-tiba hati terasa sentap. Tiba-tiba otak berhenti berfikir. Salah satu pintu dipandang tepat oleh mata. Jawapan kepada kehendak diri. 

Ada satu pintu yang dalamnya kita boleh dapat semua.. Itu kah yang dimaksudkannya.. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------


Jawapannya pintu Ilmu(tengah)
Kerana dengan ada nya ilmu dalam diri,kita boleh dapat harta. Usah ditnya bagaimana dengan ilmu kita boleh jadi kaya. Bukti banyak depan mata. 

Dan dengan mengamalkan ilmu itu sendiri,kita akan dapat cinta dan kasih sayang.
Ilmu itu sangat luas. Cara mendapatkan ilmu juga banyak pilihannya.

Sangat malang orang yang pilih pintu harta kekayaan(pintu kanan) kerana harta tak mampu beli kasih sayang dan cinta.

Begitu juga orang yg memilih kasih sayang dan cinta sedangkan tiada ilmu untuk menguruskannya. Ia bukan sekadar rasa,tetapi satu tanggungjawab utk dipikul oleh pemilik rasa.

-ilmu bukan sekadar sijil..ilmu dunia ilmu akhirat. Biar sama rata. Guna kan ilmu dengan bijaksana. Supaya kita tak miskin di dunia,supaya kita tak terbuai dengan cinta yang sementara,supaya kita berjaya sampai ke destinasi sebenarnya(syurga)..



P/s: ini hanya pendangan dan pemikiran saya sendiri. Mungkin orang lain ada pandangan yang lain. Tiada bantahan tiada pendebatan. kalau salah,boleh tegur..Terima kasih.