Thursday 29 October 2015

Adat Manusia Itu....


Selalunya mereka

Banyak berkarya
Tetapi realiti disorok fantasi dijaja
Banyak menghukum pendosa
Tetapi tak pernah kena dugaan yang sama
Banyak bicara nasihat kononnya
Tapi tak pernah pakai kasut buruk dia
Tak pernah redah hutan duri ditempat dia
Tak pernah lihat darah air mata
Dan 
Tak pernah tau dia menderita


"Everyone you meet is fighting a battle that  you know nothing about. Be kind. Speak nice. Or shut your mouth! "


NSBM
Utsunomiya Japan
Oktober 2015





Saturday 27 June 2015

SYUKUR ITU LEBIH NIKMAT


Kata orang
Hujan hanya sementara
Akan muncul pelangi indah selepasnya

Tapi
Depan mataku
Hujan kelmarin
Hujan semalam
Hujan sekarang
Hujan terus hujan dan terus hujan
Tiada tanda akan berhenti
Aku termenung
Dalam diam
Hati mengikut aliran hujan
Aku senyum
Meredakan diri
Mungkin pelangi bukan untukku
Hanya hujan datang untuk temani aku
Dan tiba masa untuk tidak menunggu
Ku bangun keluar rumah
Ku berdiri dibawah siraman hujan
Ku pejamkan mata
Ku depakan tangan
Rasa itu
Sangat tenang rupanya
Ia tak seburuk ku sangka
Ia berikan ku satu rasa indah
Buatku lupa semua
Umpama tidak pernah derita
Buat ku kuat semula
Mataku mengalir air bercampur titis hujan
Ku biar ia turun laju selari dengan hujan 
Hatiku puas dan tenang

Terima kasih Tuhan
Kerana beriku hujan
Tidak lagi ku resah menanti pelangi 
Kerna 
Hujan ini rahmat
Hujan ini berkat
Bersyukur lagi nikmat
Dari menanti yang tak dapat
Takut tak sempat dapat
Hilang jugak rahmat dan berkat 



MissNS
Utsunomiya,Japan
11 Ramadhan 1436
27 June 2015

Thursday 18 June 2015

RAMADHAN KAREEM :)


Ramadan tahun ke-tiga ku di bumi SAKURA
Musimnya panas bukan musin bunga
Subuhnya pukul 2 pagi magribnya 7 senja
Disebabkan disini tak sama macam Malaysia
So
Badan kena kuat macam SAMURAI or NINJA
Diri kena hebat macam NARUTO dan rakan2nya
Iman biar tinggi macam Mt.FUJI la
Hati pon kena tough macam ahli SUMO juga
Otak biar cerdik cerdas macam DETEKTIF CONAN si kaca mata
Jangan malas macam NOBITA
Tundukkan pandangan anda
Jangan jadi macam SHIN CHAN dan ayahnya
Banyakkan tolong orang macam DORAEMON walaupun takdak poket magic macam dia
Sahur jangan buat buat lupa
Masa puasa jangan asyik tengok jam ja
Buat kerja lain sama
Jangan gelojoh macam SHINKANSEN time berbuka
Makan tak boleh SUSHI saja
Kurma jangan lupa
Time tarawikh biar ramai macam kat TOKYO dan SHIBUYA
Bila tiba hari raya,SELAMAT MENANGIS SAMBIL JAWAB PERIKSA! 
( T_T)\(^-^ )

Ahlan Ya Ramadhan :)
Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua. InsyaAllah <3





MISS NS
1 Ramadhan 1436
UTSUNOMIYA JAPAN


Monday 8 June 2015

KISAH RASA DUA MANUSIA


Tuhan
Ini kisah rasa si dia  
Hati terpaut pada seorang manusia 

Rasa itu
Cuba dihapus kalah selalu
Cuba dibawa ke jalan-Mu 
Namun halangan datang bertalu-talu

Orang lain tidak tahu
Mereka sakit menahan rindu
Tersiksa mengawal hati kalbu
Orang lebih kisah tentang pelajaran di U
Orang melebihkan adat dari kemudahan agama-Mu
Orang tidak terpikir dosa dan akhirat yang menunggu
Orang duga mereka gagah melawan nafsu 

Malang
Mereka juga manusia
Manusia hina dan alpa
Dosa menggunung tingginya
Biar berusaha sekuat mana
Jatuh tersungkur berkali kali juga
Akal terkadang hilang warasnya
Hati kerap terlalai dan leka
Berkali kali pulang pada Pencipta
Berkali juga kalah dengan hasutan syaitan durjana

Namun mereka tetap kuatkan jiwa
Tak mahu kalah dengan si durjana
Mereka pulang lagi pada Dia
Demi cinta
Taknak ia hanya sementara
Mahu ia kekal selamanya
Dengan izin Yang Maha Kuasa

Semakin bertambah hari 
Semakin terasa dihati
Semakin takut menanti esok hari
Takut Tuhan ambil si dia kembali
Takut sakit tak tertanggung hati

Tuhan
Dia menyayanginya dengan hati yang satu
Bukan dengan nafsu
Maafkan mereka
Ampunkan mereka
Tolong jaga mereka
Langkahkan kaki mereka dijalan-Mu
Tetapkan hati mereka dengan agama-Mu
Letakkan mereka dibawah lindungan rahmat-Mu
Ampuni dosa-dosa mereka pada Mu

Tuhan
Mereka lemah dan hina
Kau Yang Maha Kuasa
Kau yang menentukan segalanya
Kau yang mengurniakan cinta
Peliharalah hati si dia dan dia
Wahai Tuhan Azza Wajalla
Mereka letakkan tawakal setelah usaha
Mereka hamparkan redha seluasnya
Berserah pada-Mu tentang segalanya
Kuatkan mereka untuk terima
Perancangan-Mu adalah terbaik selamanya
Andai kau redha
Bawa mereka ke syurga bersama.





MissNS
8/7/2015
Utsunomiya Japan

Thursday 4 June 2015

Bumi Tua..

Bumi Tua..


Wahai bumi tua
Aku tahu kau rasa tersiksa
Penat membawa perosak derhaka
Aku juga letih melihatnya
Melihat manusia yang tiada lagi warasnya

Aku melihat tanah mulia yang diperangi sentiasa
Aku melihat manusia daif di bakar dan dibuang negara
Aku melihat yang berkuasa bertindak tidak sewajarnya
Aku melihat si penegak agama dituduh merampas kuasa
Aku melihat yang kaya menindas si miskin  papa kedana
Aku melihat negara aman rakyatnya bersengketa sedia
Aku melihat para ulama mulia dipandang sebelah mata
Aku melihat ada yang beragama tapi mula gilakan kuasa
Aku melihat ada si bijaksana yang ditutup mulutnya
Aku melihat orang tua yang melebihkan adat dari agama
Aku melihat orang muda jadi mangsa hingga masuk lembah durjana
Aku melihat si anak suka-suka membuang keluarga
Aku melihat si kecik diperlakukan dengan kelakuan melampau manusia gila

Wahai bumi tua
Mungkinkah sudah tiba masanya
Menanti isyarat Tuhan Alam Semesta
Untuk kau ratakan isinya
Untuk kau telan semuanya
Untuk dikumpulkan ahli dunia
Untuk ditayangi segala sengketa mereka
Di adili perbuatan mereka
Di hari pembalasan-Nya

Tuhan masih beri peluang untuk manusia
Tinggalkan kenikmatam dunia
Kembali kepada Dia

Biar sejarah silam penuh karat
Jangan sampai matahari terbit dari barat
Waktu itu semua dah terlambat
Tunggu ja kena sebat
Terbakar dek mancis apalah sangat
Dibandingkan dengan neraka bertingkat tingkat
Kulit kena siat
Nak taubat dah terlambat..

Cepat taubat!

Miss NS
5 June 2015
UTSUNOMIYA, JAPAN.

Saturday 11 April 2015

" Fear not! "




   Apa perasaan kita kalau kita tahu ada orang teman kita,sentiasa ada dengan kita,protect kita? Mesti rasa tenang,aman dan bahagia kan... 

   Memang fitrah manusia nak berlindung dan dilindungi. Apatah lagi seorang wanita. 

   Dunia ini memang menakutkan. Dengan pelbagai ragam manusia. Yang hidup bahagia, yang ketawa gembira, yang menggunung egonya, yang amarah tiada had nya, yang sakit menderita, yang menangis sentiasa, yang tinggi hartanya, yang miskin hidupnya, yang melimpah ilmunya, yang diam seribu bahasa dan yang tiada daya. 

   Kita sendiri sebenarnya tergolong dalam golongan yang mana? Andai di tanya impian serta harapan manusia, memang semua mahukan bahagia, kaya raya. tetapi hakikat kehidupan itu sendiri penuh onak dan duri. 

   
Mari mengintai siapa kita.

2014
NSBM
UTSUNOMIYA JAPAN

Wednesday 11 June 2014

MENULIS KISAH DI PERANTAUAN??


BISMILLAH.

Pada satu malam yang hening....

............................................................................................


"Awak cerita la tentang kisah hidup awak kat Jepun. Kami yang kat Malaysia teringin nak pegi tapi tak mampu."

"Jangan cakap tak mampu la awak. Cuma tak sampai masa lagi. Ada rezeki nanti sampai ja. Minta la kat Allah kalau betul-betul nak. Insyaallah Allah bagi rezeki tu nanti. Kalau bukan rezeki datang jepun, mungkin rezeki Allah bagi dapat pergi ke tempat lain yang lebih hebat. Insyaallah :)  "

"Hehe..betul tu.. Insyaallah.. Tapi awak cerita la kisah hidup kat sana. Insyaallah semoga cerita-cerita tu boleh jadi pengajaran atau cerita berguna untuk kami kat sini."

"Hurm..insyaallah..akan diusahakan :) " 


...........................................................................................


Terfikir sejenak.

Sebelum ni hanya menulis ayat-ayat sebagai penguat diri. Belum ada keyakinan untuk menulis panjang sampai ke kisah hidup kat sini. Kenalan-kenalan banyak kali meminta untuk diceritakan kisah sebagai perantau. Apatah lagi kisah perantau beragama islam di negara bukan Islam.

Risau jugak sebenarnya kadang-kadang. Nak menulis pun perlukan hati. Hati yang ikhlas. Takut kalau-kalau cerita yang diceritakan tidak sampai maksud kepada si pembaca. Risau terlebih atau terkurang rasa dalam menulis hingga tersalah kefahaman si pembaca. 


Jadi, mungkin kat situ yang perlu ditingkatkan. Tegakkan niat yang betul. Ikhlaskan hati. Insyaallah. 


Ini satu peluang. Peluang yang Allah bagi untuk menyampaikan sesuatu pada orang lain. Cerita hidup sebagai perantau. Cerita yang berguna dan bermakna kepada pembaca. Yang boleh dijadikan ikhtibar. Yang boleh dijadikan sebagai inspirasi. Peluang yang tak patut disia-siakan.

Terasa diri terlalu kerdil. Tak mampu nak berdakwah sehebat sahabat-sahabat lain. Ilmu terlalu cetek. Tak mampu pergi berjuang atau bergerak jauh seperti yang lain. Kerana kudrat terlalu lemah. Tak mampu nak membuat penulisan hebat macam penulis blog yang lain. Kerana susunan ayat tak sekebun bunga yang indah belaka.

Tetapi,sekurang-kurangnya mampu menyumbang walaupun sedikit melalui penulisan kepada orang lain.
Jadi, insyaallah. Akan diusahakan. Dengan izin Allah..








-MOGA ALLAH REDHA-