Sunday 22 December 2013

CERPEN CERITA HATI





Sedikit demi sedikit ia hilang dari pandangan..


Allah..
Ujian itu..amat berat..
Tetapi..
Demi-Mu, mereka merasa tenang..


Mereka berdua..
Pergi mencari Mu, ya Allah
Perjalanan mereka panjang
Jalannya kelam
Jalannya banyak lopak serta duri tajam..


Tetapi
Hujungnya ada cahaya
Yang semakin didekati,semakin terang..


Ya Allah..
Jagalah hati dan diri mereka
Jangan biar mereka sesat lagi..
Kerna mungkin wujud permandangan indah
Yang melalaikan diri
mengabur destinasi
Di setiap persimpangan nanti..


Ya Allah..
Jalan mereka bangat berbeza
Tetapi destinasi pencarian mereka
Tiada dua
Hanya menuju Yang Esa..


Pengakhiran mereka tidak mampu dijangka
Tabahkan mereka, ya Allah
Kerna
Kau mencipta hikayat hidup mereka
Kau Yang Maha Tahu tentang segalanya
Kau Yang Maha Kuasa tentang rancangan seterusnya
Jadi, titipkan lah ketabahan pada mereka..


Benarlah..
Bila dihati ALLAH bertahta
Bila hidup dengan kasih Dia
Akan semuanya terasa bahagia
Mereka akan bahagia
Mereka akan bahagia..
Dengan izin-Mu ,Allah.




-Tawakal seusai usaha.Doa mengiringi sentiasa-






•Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:

Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: 
Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. 
(Shahih Muslim No.4832)







-Moga ALLAH Redha-


~missNS~


12/7/2014
Utsunomiya,Japan

Tuesday 17 December 2013

LAFAZ ان شاء الله







Bila sebut

ان شاء الله


Bermakna kita telah ber'Janji dengan ALLAH'..Dan sekiranya Allah izin..Oleh itu,laksanakan sebaiknya.Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis.Dan ingatlah destinasi kita ialah Syurga Hakiki. 



#muhasabah bersama



Jangan biar diriku hanyut dalam nikmat dunia. Pimpin daku di jalan illahi bersama.
Jangan biar diriku tanpa sebarang sapa. Kerana diriku akan leka dan lupa pada Yang Berkuasa.
Jangan pandang diriku mulia. Kerana iman yang menentukan siapa diri kita. Bukan pandangan mata semata-mata.
Jangan pernah lupa sesungguhnya Izrail akan tiba bila-bila mencabut nyawa.
Dan jangan pernah ragu dengan Yang Mencipta segalanya. Keampunan Allah sentiasa terbuka untuk kita kerana kasih sayang-Nya.





-Moga Allah Redha

Miss NS
Utsunomiya Japan




DEDIKASI BUAT 'IMAN'






Ku ketuk pintu itu beberapa kali
Kenapa terlalu sunyi
Masih kah wujud dalam sepi
Hari-hari terus ku cari
Kerana kau sangat istimewa dalam hati

Hilang mu umpama terpisahnya hati dengan diri
Sudah pasti hati ku akan mati
Kerana kau hadiah istimewa dari Ilahi

Tidak mampu ku bayang hidupku tanpa mu di hati
Setialah kau bersama ku sampai mati
Jadilah saksi ku di hari pengadilan nanti
Jangan pergi tinggalkan ku sepi

Wahai IMAN...
Mari terus maju meninggi
Jangan terus menyepi
Andai jatuh, bangun kembali
Hingga nyawa dibawa pergi
Hingga jasad kembali dijemput Ilahi

Wahai IMAN...
Iringi diri dan hati ku menuju Yang Hakiki..





3:139

"Dan janganlah kamu merasa lemah dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang tinggi darjatnya jika kamu beriman"
-Surah Ali Imran: 139-


12/7/2014
MISS NS
UTSUNOMIYA JAPAN