Monday 8 June 2015

KISAH RASA DUA MANUSIA


Tuhan
Ini kisah rasa si dia  
Hati terpaut pada seorang manusia 

Rasa itu
Cuba dihapus kalah selalu
Cuba dibawa ke jalan-Mu 
Namun halangan datang bertalu-talu

Orang lain tidak tahu
Mereka sakit menahan rindu
Tersiksa mengawal hati kalbu
Orang lebih kisah tentang pelajaran di U
Orang melebihkan adat dari kemudahan agama-Mu
Orang tidak terpikir dosa dan akhirat yang menunggu
Orang duga mereka gagah melawan nafsu 

Malang
Mereka juga manusia
Manusia hina dan alpa
Dosa menggunung tingginya
Biar berusaha sekuat mana
Jatuh tersungkur berkali kali juga
Akal terkadang hilang warasnya
Hati kerap terlalai dan leka
Berkali kali pulang pada Pencipta
Berkali juga kalah dengan hasutan syaitan durjana

Namun mereka tetap kuatkan jiwa
Tak mahu kalah dengan si durjana
Mereka pulang lagi pada Dia
Demi cinta
Taknak ia hanya sementara
Mahu ia kekal selamanya
Dengan izin Yang Maha Kuasa

Semakin bertambah hari 
Semakin terasa dihati
Semakin takut menanti esok hari
Takut Tuhan ambil si dia kembali
Takut sakit tak tertanggung hati

Tuhan
Dia menyayanginya dengan hati yang satu
Bukan dengan nafsu
Maafkan mereka
Ampunkan mereka
Tolong jaga mereka
Langkahkan kaki mereka dijalan-Mu
Tetapkan hati mereka dengan agama-Mu
Letakkan mereka dibawah lindungan rahmat-Mu
Ampuni dosa-dosa mereka pada Mu

Tuhan
Mereka lemah dan hina
Kau Yang Maha Kuasa
Kau yang menentukan segalanya
Kau yang mengurniakan cinta
Peliharalah hati si dia dan dia
Wahai Tuhan Azza Wajalla
Mereka letakkan tawakal setelah usaha
Mereka hamparkan redha seluasnya
Berserah pada-Mu tentang segalanya
Kuatkan mereka untuk terima
Perancangan-Mu adalah terbaik selamanya
Andai kau redha
Bawa mereka ke syurga bersama.





MissNS
8/7/2015
Utsunomiya Japan

No comments:

Post a Comment