Gambaran Hari Kiamat
1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti  tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali  Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun  mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya  “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu  Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa  lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai  Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya  meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula  di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang  rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz  Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia  umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan  hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat  takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi  kelak.
6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh  yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.  Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal),  berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi  yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan  isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan  cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah  huru-hara yang amat dahsyat.
8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu  turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk  terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda.  Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala  mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik  dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan  sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh  sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka  bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan  sehingga 1000 tahun.
10. Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama  Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang  mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang  menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam  ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air  kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan  rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari  syurga.
11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
a;- Pemimpin yang adil.
b;- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
c;- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
d;- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
e;- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
f;- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
g;- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua  manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian  mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka  pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini  berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s  menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka  kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim  a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti  Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa  antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan
gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka  sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang  dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak  perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat  sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
15. ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah  (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh  4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama  istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di  dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat  kuat.
16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang  dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil  dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama  singgahsana yang terletak dihadapan istana.
17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu  dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan  masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa  silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab.  Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib &  ‘Atid / Kiraman Katibin.
d Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-  masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang  zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
18. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan  amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang  pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
19. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat  akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil  dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang  bukan mukmin.
20. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca  Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah  dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap  untuk menimbang dosa.
21. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
d Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam,  maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap  akan ditimbang.
22. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-  kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan.  Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
23. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang  ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara  sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi  titian sirat.
24. Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
a;- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b;- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c;- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
25. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin  oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini  berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000  orang yang lain.
26. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga  melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang  terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai  rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi  orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
27. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000  tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun.  Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang  binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya  disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke  dalamnya.
28. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap  makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang  sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam  neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
a; Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah  ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:  d77; Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. d78; Sesungguhnya  apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan  dibawanya bersama :
b; Sedekah/amal jariahnya.
c; Doa anak²nya yang soleh.
d; Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Perkingsian dari seseorang.
Moga bermanfaat.






 
No comments:
Post a Comment